Rise to Power | A KL Gangster Underworld Movie

KL Gangster: Underworld ialah sebuah drama aksi Malaysia 2018 arahan bersama oleh Faisal Ishak dan Syafiq Yusof. Siri ini diterbitkan oleh Skop Productions dan merupakan rendisi daripada filem KL Gangster (2011) arahan Syamsul Yusof dan memulakan tayangan perdana di laman sesawang iflix secara percuma dari 16 Ogos 2018 hingga 20 September 2018.

KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Pelakon:

Beto Kusyairy ,Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat,Nabila Huda, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi ,Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A. Galak, Fikhree Bakar, Fadlan Hazim ,Shera Aiyob

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *